Esei f4
FACTUAL :
Nasionalisme bermaksud perasaan
cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh dimaksudkan dengan
semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan
perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap negara tercinta.
Kemudian, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik,
ekonomi, dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak
sama antara negara dan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan
pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan
adat resam. Kemunculan nasionalisme dinegara kita ialah pada abad ke-20 telah
didorong oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah peranan agama. Para
pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan
gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Sheikh Muhammad
Abduh dan Rashid Rida. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Gerakan ini juga
muncul untuk menentang imperialisme Barat di negara Islam. Faktor yang kedua
ialah penulisan kreatif. Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi
daripada tokoh nasionalis digunakan sebagai wadah untuk mengungkap keperitan
hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat, Hal ini memberikan impak
kepada rak yat untuk menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup yang
dijajah. Contohnya, novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan cerpen
Cerita Awang Putat olch Abdul Rahim Kajai. kar Karya Pak Sako menyindir
penjajah dan mengingatkan Sum anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.
Faktor yang seterusnya ialah sistem pendidikan.Pendidikan mixlen Islam melalui
penubuhan madrasah telah meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada
awal abad ke-20. Antaranya termasuklah Madrasah al-Attas di Johor Bah (1914) .
CONCEPTUAL :
Pada pandangan saya, orang
Melayu berfikiran lebih terbuka serta
mampu membuat pilihan yang betul. Hal ini demikian menyebabkan orang Melayu
telah bersatu dengan kaum Cina dan India agar mereka dapat mengecapi
kemerdekaan.Hal ini demikian kerana, rakyat Melayu inginkan tanah Melayu lebih
maju, hebat dan mampu bersaing dengan negara lain. Nasionalisme di Malaysia
berkembang dengan adanya penghayatan daripada bekas perjuangan tokoh-tokoh
pejuang tanah melayu yang berjuang untuk menentang penjajah sewaktu penjajahan
British, Jepun dan Komunis. Hal ini dapat dilihat melalui pengajaran subjek
sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia agar setiap pelajar mampu menghayati dan
menerapkan semangat nasionalisme pada diri masing-masing. Hal ini demikian
kerana, semangat nasionalisme haruslah di terapkan pada diri setiap rakyat
sejak muda, agar semangat cinta akan bangsa dan tanah air itu dapat dipupuk
sejak kecil lagi. Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik
dunia dengan golongan nasionalis ini tidak pernah putus asa walaupun menghadapi
pelbagai cabaran.Ini menjadikan politik dunia semakin maju dengan adanya pemikiran
seperti ini.
DEBATABLE :
.Adat dan budaya tradisional kini
hanya diamalkan di kawasan tertentu seperti kawasan perkampungan sahaja.Hal ini
dapat menyebabkan jasa mereka dilupakan begitu sahaja.Akhir sekali, segelintir
generasi hari ini tidak menghormati bangsa lain dengan berkata kesat dan
berkelakuan rasis. Hal ini dapat menimbulkan rasisme dalam kalangan
masyarakat.Kesimpulannya, kita
mestilah menyayangi tanah air dengan sepenuh hati agar negara aman dan damai
dan boleh menyaingi negara maju yang lain. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik
semangat perpaduan dalam diri anak anak mereka.
NASIONALISME BARAT :
Revolusi Keagungan (1688)
Revolusi Keagungan (Glorious
Revolution) di England berlaku disebubkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan
parlimen dan hak asasi rakyat. Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan
Raja James Il membetakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang Ahli
parlimen bangkit menentang pemerintahan saja berkuasa mutlak dengan sokongan
Mary 11 dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Menyedari sokongan
yang semakin berkurangan, Raja James II melarikan diri ke Perancis. Peristiwa
ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara
aman tanpa pertmpahan darah. Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange,
konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan. Bill of
Right digubal untuk memberikan keutamaan kepada partimen menggubal
undang-undang dan hak mengutip cukai.
Revolusi Amerika (1776)
Revolusi Amerika merupakan reaksi
orang Amerika menentang penjajahan British,
Penentangan ini disebabkan oleh
tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan
sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di
Amerika. Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut
cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dun Akta
Teh. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.
Jika sesebuah kerajaan tidak
dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak
penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.Revolusi Amerika berakhir pala tahun
1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
Revolusi Perancis (1789)
Revolusi Perancis tercetus
daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan
persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau
(Rousse ) Suara rakyat digelar sebagai sat umum yang merupakan kata sepakat
golongan yang mempunyai kesedaran. Menurut Rousseau, kedantatan suara rakyat
lebih tinggi dan penting daripada instituni raja dan birokrasi Susuran golongan
revolusi adalah terhadap pemerintahun autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan
golongan bangsawan. Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan, sebulikoya
rakyat terbeban dengan pelbagai cukai. Golongan revolusi menggempur penjara
Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Lois
XVI. Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri
sistem pemerintahan beraja di Perancis.
NASIONALISME ASIA :
Nasionalisme di China
Nasionalisme di China bertujuan
mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman
penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Gerakan nasionalisme
seterusnya bercorak anti Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di
China. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun
Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chw-i) sebagai
ideologi perjuangan iaita nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial Prinsip
tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang
berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan
republik di China
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
Nasionalisme empayar Uthmaniyah
dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan
Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
Gerakan Islah
Gerakan Islah merujuk gerakat
pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan
berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah- Amerika dengan kebudayaan
tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
Dengan itu, gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang
sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.
Gerakan Pan-islamisme
Pada tahun 183, Sayyid Jamal
al-Din al Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa
(Ikatan yang Kuat). Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan
dan membawa umat Islam kepada kemajuan, Pertubuhan ini telah menertitkan akhbar
al-Urwah al-Wuthupa untuk menyebarkan idea Pan IslamisIme. Pada tahun 1914,
empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah
Barat hangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.
Pemerintah empayar Lithmaniyah,
iaitu Khalifah Abdul Hamid Il menggerakkan idea PanIslamisme ini. Gerakan ini
mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu.
Contohnya. kebangkitun Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun
1915.
Nasionalisme di Jepun
Nasionalisme di Jepun pula
digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai
kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Banat. Prinsip dan semangat
bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan
pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan
dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara
perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Namun
begitu. desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan
Jepun sehagai kuasa imperialisme di Asia.
NASIONALISME ASIA TENGGARA:
NASIONISME FILIPINA
Nasionalisme di Filipina muncul
untuk menghapuskan penjajahan asing. Antara tokoh nasionalis penting
termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio serta Emilio Aguinaldo
(Aguinaldo). Nasonalisme peringkat awal berbentuk gerakan Propaganda yang
dipimpin oleh Joe Rizal Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian
daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahu 1892 untuk mendesak kerajaan
Sepunyol melakukan perubahan politik dan sosial di Filipina. Kegagalan Gerakan
Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Benifacio
menabuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Di
bawah penjajahan Amerika Syarikat, golongan nasionalis ini menguhah strategi
perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederet.
Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Cumena, pemimpin Parti Nasionalis
dilantik menganggotai Dewan Pertimpunan Filipina pada talun 1907. Gerakan
menuna kemerdekaan ini diteraskan oleh golongan nasionalis sehingga perang
Dunia Kedua.
NASIONALISME DI BURMA
Nasionalisme di Burma ialah
manifestasi perjuangan polongan kelas menengah, sam Bodlha (pongyi. Thakin
(siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British.
Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat
berikutan penganuh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka
menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkun tradisi
Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu
kasut untuk membungkitkan nasionaliame. Selepas diambil alih oleh pemimpin yang
lebih radikal seperti U Ba Pe, persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am
Kesatuan Burma yang berkaitan dengan bangaa Burmu mulu diperjuangkan. Menjelang
tahuu 1920. Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka
golongan sami Buddha seterusnya menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyidan
mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai
oleh Saya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan petani yang terbeban dengan
pelbagai jenis cukai. Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh
pengenalan Perlembagaan Burna 1935 yang memisahkan Burma dengan lndia.
Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke anah berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin menubuhkan Pati De Bama Asiayene (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan
kemerdekaan Burma. Pemimpin parti tersehut seperti Aung San, Kyaw Nein dụn U Nu
menggelar diri sehagai "Thakin" yang bermaksud tuan dan menegaskan
orang Burma erti bertuankan orang Borma. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya
pada tahun 1937 kemuliannya dilantik setagai Pendana Menteri yang pertama.
NASIONALISME DI VIETNAM
Nasionalisme di Vietnam muncul
akibat perubahan sosiopolitik dan sosiekonomi selepas kedatangan Perancis,
terutama selepas tahun 1918. Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopati oleh
golongan bangsawan dan pegawai daripada polongan Mandarin. Nasionalisme Vietnam
disalurkan melalui akhbar seperti
Trihune Indie dun Cloche Feler yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut
hak rakyat Vietnam. Gerakan nasionalisme Vietnam selepas Perang Dunia Pertama
bercorak revolusi yang didukung oleh dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme
dan komunisme Parti utama aliran Nasionalisime ialah Viet Nam Quout Dang Dang
(VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hor manakala
golongan komunis diterajui oleh Parti
Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh.
KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA:
Perang Dunia Pertama (atau Perang
Dunia I) ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara
28 Julai 1914 - genap sebulan
setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari
Austria dan isterinya di
Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11
November 1918. Tarikh bermulanya
perang ini ialah pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan berlokasi
di Eropah, Afrika dan Timur Tengah
(secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik). Keputusan hasil Peperangan ini
ialah kemenangan pihak berikat.
Berakhirnya Empayar Jerman,
Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan AustriaHungary. Terbentuknya
negara-negara baru di Eropah Timur. Pihak yang terlibat ialah Pihak bersekutu
dan Kuasa Tengah. Pihak Bersekutu diwakili oleh negara-negara seperti Rusia,
Perancis, Kanada, United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat manakala Kuasa
Tengah pula duwakili oleh negara seperti Bulgaria, Emapayar Turki Uthmaniyah
dan Empayar Jerman serta Austria-Hungary. Austria-Hungary memutuskan menghukum
Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28
Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman.
Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai
di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah
negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas
ini. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi
negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan
sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang
menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan
berlanjutan, negaranegara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak
dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu
kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat
memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu. Sungguhpun Tentera Bersekutu
amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu.
Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan
Belgium, serta sebahagian
daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika
usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah
mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan
sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera
Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim
panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang
terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian peletakan
senjata pada 11 November. Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani
selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan
sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima
Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia
Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan
kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar
selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan
Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak
melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga
perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak
Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta.
Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang
terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua
peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.
PERANG DUNIA KEDUA :
Perang Dunia Kedua (Perang Dunia Ke-2 atau Perang Dunia II)
ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik
antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah
semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa
Bersekutu dan Kuasa Paksi. Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan
lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan
negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh
kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang
mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan. Perang Dunia Kedua
juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah
manusia, yang telah mengorbankan. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh
genosid (termasuk Holokus), pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit.
Pesawat udara turut memainkan peranan besar dalam perang ini, yang meliputi
pengeboman strategik terhadap pusat penduduk serta pembangunan senjata nuklear
dalam perang; hanya dua penggunaannya di dalam perang tersebut. Bahkan, operasi
pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan udara Jerman
terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir
ialah serangan bom atom Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki di
Jepun pada Ogos 1945.
SUMBER:
- Wikimedia
Foundation. (2021, May 10). Revolusi
Keagungan. Wikipedia. Retrieved February 26, 2022, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Revolusi_Keagungan
- *, N. (2013,
June 2). Perang Dunia Pertama Dan Kedua.
Pendidik2u. Retrieved February 26, 2022, from
https://www.pendidik2u.my/perang-dunia-pertama-dan-kedua/
Comments
Post a Comment