Posts

Showing posts from February, 2022

Esei f4

  FACTUAL :     Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh dimaksudkan dengan semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap negara tercinta. Kemudian, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi, dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Kemunculan nasionalisme dinegara kita ialah pada abad ke-20 telah didorong oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah peranan agama. Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajara...